Tuesday, February 01, 2005

Azan

A'kum..

Apa itu Azan? Adakah azan itu hanya merupakan laungan dari masjid atau surau utk memanggil kita supaya sembahyang? Fikir balik.. bukan itu sahaja.. ada lagi yg lebih penting dari itu.. Kalau kita tgk secara keseluruhan pulak.. ada lagi yg lebih berharga!

Azan ini terdiri dari 5 bahagian.. dan setiap satunya berkait dgn yg lain.. Cuba perhatikan.. Aku cuma akan kupas luaran sahaja.. utk penghayatan, korang dalami lah sendiri yek..

Bahagian 1 - Memuji Kebesaran dan KekuasaanNya
Bertafakur sekejap melihat sekeliling dan menyedari bahawa semua yg kita lihat itu ada 'Penciptanya'.. Dgn memahami hukum Qada' dan Qadar kita akan memahami mengapa semuanya berlaku.. Dimanakah kita?

Bahagian 2 - Syahadah
Apakah syahadah? Dan apakah kaitan kita dgn syahadah? Syahadah adalah apabila kita mengakui bahawa tiada tuhan yg kita sembah melainkan Allah.. dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.. Maknanya kita akui bahawa ajaran yg dibawa oleh Muhammad adalah ajaran yg benar bersama pedoman yg Allah berikan iaitu al-Quran..
Ini bukan 'believe' luaran tau.. Truly Believe! Barulah kita layak di gelar seorang Islam..

Bahagian 3 - Marilah Menunaikan Solat
Bahagian ni panjang sikit penjelasannya.. so, aku akan buat 'entry khas' utk bab solat selepas ni.. Tp bab ni yg 'paling penting' pun.. sbb tu lah org kata 'solat tu tiang agama'.. Bila kita dpt bersolat dgn betul barulah kita dpt kefahamannya dan tau penjelasannya.. Dan selepas itu, insyaallah.. kita dpt nampak hala tuju kita.. Nanti aku kupas lagi..

Bahagian 4 - Marilah Munuju Kejayaan
Ini menunjukkan bahawa Islam menggalakkan kejayaan.. 'Success Oriented'.. Maknanya, seseorang Islam itu mestilah cuba mencari kejayaan utk dirinya, setakat kemampuan yg ada pada dirinya.. Islam tak menggalakkan kita menjadi org yg kalah.. Bangunlah! Dari lena yg sudah panjang itu!

Bahagian 5 - Memuji Kebesaran dan KekuasaanNya
Kemudian kita akan puji semula Allah! Kenapa?


Perkaitannya..
Apabila kita sedar bahawa kita adalah hambaNya maka kita akan menerima Islam sebagai agama kita.. Our Way of Life.. Kita bersolat utk membetulkan diri.. Dan selepas kita dah betulkan diri kita maka kita akan mula mengorak langkah pula utk menuju kejayaan berjunjungkan al-Quran sbg pedoman.. Maka selepas itu kita akan akui dgn sebenar benar akui bahawa Allah Maha Berkuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. Cubalah hayatinya.. Nothing to lose!

Till then.. adios amigos..