Monday, March 14, 2005

Pentas Hidup

A'kum..

Dunia ini umpama 'pentas' yg luas.. Ceritanya 'berbagai-bagai'.. Kita adalah 'pelakon2 nya'.. Aku.. adalah 'hero' dlm 'cerita' aku.. Korang pulak, 'hero/heroin' dlm cerita korang.. Cerita kita 'tidak' akan ada yg 'sama'.. kalau ada pun hanya 'hampir sama'.. Dlm cerita kita, akan ada 'watak2' yg 'mewarnai' cerita kita.. Samada warna yg 'indah' atau warna yg 'suram'.. Adakala kita 'di atas'.. Adakala kita 'di bawah'.. Itu semua 'dugaan' dari Allah.. Juga petunjuk dariNya.. Dia nak uji kita, mcm mana kita 'tangani' sesuatu 'situation' yg 'muncul' dlm cerita kita.. Dia dah beri 'pedoman' dan Dia nak tgk mcm mana kita 'gunakan' pedoman yg diberikan utk meningkatkan 'Iman' dan 'Taqwa' kita kepadaNya.. Itulah kehidupan..

My advice.. Utk menjalani kehidupan yg baik, kenal lah dulu Pencipta kita.. Baru kita mudah utk memahami 'situation' yg bakal kita tempuh.. Mcm mana nak kenal Allah!? Mulakan mengenal Allah dgn mengkaji 'Sifat 20 Allah' dan 'Asma ul-Husna' iaitu 99 nama Allah.. Dan klu korang perasan, manusia mempunyai sebahagian sifat2 yg dipunyai oleh Allah iaitu mencipta, mentadbir, marah dan sebagainya.. Itupun Allah bagi sikit2 jer.. Jgn nak berlagak mengaku sbg Tuhan mcm Fir'aun tu lak! Hehe.. Itulah kelebihan manusia yg Allah beri sebenarnya.. Klu kita beriman dan bertakwa kpd Allah, kita lebih mulia dr malaikat dan makhluk2 lain.. Malaikat terkenal dgn ketaatannya terhadap Allah.. Tak pernah engkar! Manusia!? Hehe.. Knp begitu? Kerana Allah menganugerahkan manusia dgn 'akal' dan 'nafsu'.. Terpulang pada kita nak gunakan akal dan nafsu tu ke arah mana.. kan!?

Setiap org pulak, ada 'hero' mereka tersendiri.. Hero aku adalah Muhammad s.a.w.. Knp Muhammad s.a.w. !? Aku rasa aku tak yah terangkanlah panjang2 knp ek? Bersama kitab suci al-Quran sebagai junjungan dan pedoman.. Baginda adalah contoh yg dijamin oleh Allah di atas kebenarannya.. Dgn sifat "ma'sum" yg Allah kurniakan kpd Muhammad s.a.w. utk membawa ajaran Islam sebagai menyempurnakan keperluan manusia utk beriman kpd Allah.. Untuk membawa rahmat dan keberkatan kpd sekelian alam.. Utk memberi tunjuk ajar dari segala percakapannya dan perlakuannya.. Utk menguraikan segala kekusutan.. dan sesungguhnya Muhammad s.a.w. adalah kekasih Allah..

Biasanya, dlm satu2 cerita tu.. Kalau ada hero, biasanya heroin pun ada kan!? Tak best arr kalau takde heroin! Begitu jugak dgn hidup kita ni.. Watak heroin mesti ada beb! Kalau takde camner? Memang la tak mati beb.. tp tak lengkap la! Keadaan akan jadi 'a little bit' kucar kacir la kot.. tak stabil.. Ye la.. Allah jadikan sesuatu tu berpasang-pasangan samada yg kita 'dah tau', yg kita 'belum tau' dan yg kita 'tak akan tau' iaitu perkara ghaib! Contohnya: Mcm mana nak pisahkan 'siang' dan 'malam' kalau ianya memang silih berganti.. Mcm mana nak pisahkan 'ombak' dan 'pantai' kalau ombak memang menghempaskan diri ke pantai.. Hmm.. Mcm tu gak 'hero' dan 'heroin' kan!?

Wallahu'alam..

Till then.. Adios Amigos!