Monday, January 31, 2005

Cinta Seorang Teman

Nyanyian : Bob

Dulu engkau ku kenali
Tak pernah tersedar
Dari mata yang..
Memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah
Di persimpangan usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan

Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang..
Kita bina berdua
Namun apakah erti bila..
Keinginan terlanjur
Lalu mengganggu kala
Dirimu selalu ada disisi

Duhai teman..
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu..

Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang..
Kita bina berdua
Namun apakah erti bila
Keinginan telah terlanjur
Lalu mengganggu
Sanubariku..

Ku cuba bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukan mu
Puisi indah menyatakan kata rinduku
Masa yang berlalu meragui
Seluruh harapan muncul kini.. mengapa
Dan bertanya di mana kesudahan kita

Duhai teman..
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu..

Ciptaan: Adnan Abu Hasan
Nyanyian: Bob AF2

Kesabaran

A'kum..

Apakah itu kesabaran? Dan bagaimana nak dapatkan kesabaran?

Kesabaran adalah kekuatan kita menahan diri dari melakukan sesuatu itu dgn tenang dan dada yg lapang.. klu kita gelisah, kita kena check balik tahap kesabaran kita.. kat mana tak betul tu.. Mungkin niat dan hati tak betul lagi kot.. hehehe.. Seseorang yg sabar tu biasanya merupakan seorang yg berfikiran panjang..

Berfikiran panjang ni bukanlah berfikiran 'melalut' plak.. Melalut pun panjang gak.. kek kek kek! Seseorang tu akan berfikiran panjang bila dia consider sekali kesan dan akibat dari apa yg dia akan lakukan.. Maknanya dia kena tengok gak apa akan jadi dgn 'decision making' yg dia akan buat.. Ada masalah tak?

Klu takde masalah yg kita nampak, mungkin kita sudah buat keputusan yg betul.. Tp tak tentu lagi.. Mcm2 boleh jadi.. So, adalah penting utk kita follow-up dan monitor apa yg akan berlaku ketika perlaksanaannya.. Selagi takde masalah, Insyaallah kita masih di jalan yg benar.. 'Jalan Yg Lurus..' Berusahalah..

Klu kita yakin kita di jalan yg benar, dan yakin dgn apa yg kita buat tu juga benar.. Bersabarlah.. 'One Fine Day..' The day will come.. Insyaallah.. Just Believe in Allah!

Till then.. adios amigos..

Sunday, January 30, 2005

Suratan atau Kebetulan

Lagu: Kenny Tay
Lirik: Habsah Hassan
Nyanyian: Kenny Remy Martin

Sesuatu yang tak disangka..
Seringkali mendatangi kita..
Itukah suratan dalam kehidupan..
Atau sekadar satu kebetulan..

Kita asyik membicarakan..
Persoalan hidup dan pilihan..
Serta kejujuran semakin berkurang..
Masih tiada bertemu jawapan..

Walau kita dihadapkan..
Dengan berbagai pilihan..
Mengapa sering terjadi..
Pilihan tak menepati..

Hingga amat menakutkan..
Menghadapi masa depan..
Seolah telah terhapus..
Sebuah kehidupan yang kudus..

Pertemuan sekali ini..
Bagi diriku amat bererti..
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan..
Bimbangkan berulang kesilapan..

Ideal dan Hakikat

A'kum..

What is ideal.. and what is hakikat? Dan apa kaitan antara kedua2nya?

Ideal ni.. lbh krg perfect gak ler! The best yg kita boleh/mampu buat.. kiranya, boleh dijadikan skema jawapan ler.. dari semua segi excellent! Biasanya, 'ideal' ni kita akan jumpa dlm theory or plan.. Tp bila buat.. tak tentu lagi boleh capai tahap ideal ke tak..

Hakikat plak adalah perkara yg sebenarnya terjadi.. Adakalanya hakikat itu ideal, tp biasanya tak ideal la.. or sekurang2nya pun kena buat beberapa pembetulan, then baru boleh capai tahap ideal.. Perkara sebegini berlaku di mana2.. Sbb human tends to make mistakes! Normal.. Istilah 'human error' pun ada..

However, penting buat kita utk kita tahu apakah 'ideal situation' dlm apa saja perkara yg kita buat.. Klu kita jenis seseorang yg ingin berjaya, kita mesti nak buat yg terbaik yg kita boleh buat kan? Tp klu kita tak tau apa yg 'terbaik', macamana kita nak betulkan mistakes kita.. And org yg berjaya don't do the same mistake twice.. Learn from your mistakes.. So, secara logiknya.. lama kelamaan mistakes pun berkurang dan terus berkurang sehinggalah capai tahap ideal.. hmm... ye ke?

Till then.. adios amigos..

Saturday, January 29, 2005

Bukan Kerna Nama

Nyanyian : Ramli Sarip

Jangan kau pandang bibir yang manis..
Kerana dia bisa menghancurkan..
Jangan kau pandang wajah yang indah..
Kerana dia bisa meracunmu..

Dengarlah hai teman..
Dengarkan bersama..
Aku menulis..
Bukan kerna nama..

Kerna sifat kasih..
Pada sesama insan..
Dan menyatakan..
Kasih sayangmu..

Kita sama semuanya sama..
Apa yang ada hanyalah kehidupan..

Jangan kau dengar puisi dusta..
Kerna ia merosakkan jiwamu..
Dengarkanlah puisi di pusaka..
Yang telah turun menurun hari ini..

Jangan kau alas hatimu itu..
Dengan secebis warna kehitaman..
Dialah seperti anai-anai..
Lambat laun hancurlah dirimu..

Self Confident

A'kum..

Selalunya dikaitkan dgn self- esteem.. kira benda yg sama ler tuh.. keyakinan diri dlm membuat sesuatu perkara.. fuhh.. byk gak keje nak kena buat klu nak dpt self confident ni.. bcoz it's a combination of a few entity..

But the most important entity yg perlu kita ada ialah kefahaman.. understand! faham sesuatu as a whole picture.. baru kita tau kat mana kita berdiri dan apa yg patut dan boleh buat.. aku ambik contoh mudah la.. main bola.. klu korang punya geng yg jenis tau peranan masing2 dlm game tu.. korang selesa tak main? main best tak? confident jer main kan..? tp sblm tu kena tau dulu la apa itu "bolasepak".. undang2, taktik2, formation dan sebagainya..

Kebolehan.. yg ni penting gak.. sbb dia bagi effect kat performance.. ye la.. nak berkebolehan ni bukan senang weiii.. kena byk practice.. mcm bawak kereta la.. mula2 mmg la terhegeh2.. lama2.. sendiri mau ingat la! Dah mmg sifat tabie manusia skill datang thru practice..

Public Relation (PR).. ini pun mau ada.. interaksi kita dgn org kena ada skill gak.. skill ni payah sikit nak dapat.. bukan jer setakat kena practice, kena buat homework lain lagi.. kena observe, sensitive (peka), aware dan klu boleh kena pandai baca reaksi org.. psicologically sekali..

Ada byk lagi faktor yg menyumbang kpd "self confident" ni sebenarnya.. tp yg lebih2 tu kira bonus la.. ada lagi byk positive entities lagi bagus..

Till then.. adios amigos..

Friday, January 28, 2005

Kau Satu Satunya

Ukays

Oh.....
Siapalah aku ini..
Tanpamu..
Duniaku pasti tak berseri..
Dan hidup tak menjadi..

Kau bagiku..
Satu-satunya..
Ku meminta.. Ku bermanja..
Ku rindui.. Ku kasihi..
Di hatiku kau abadi..

Dengan sinaran kasihmu..
Kian terancang hidupku..
Tiada lagi keraguan..
Kau bagiku kekuatan..
Mana jua kau berada..
Ditemani cahaya cinta..

Sejak dirimu ku dekati..
Diriku ini ku kenali..
Hanya engkaulah..
Sesungguhnya tiada dua..

Di cermin kaca ku memandang..
Diri ku serba kekurangan..
Namun bagimu..
Bukan itu jadi ukuran..

Melengkapi hidup kita..
Bukan harta..
Bukan nama..
Bukan rupa..

Kau bagiku..
Satu-satunya..
Ku meminta.. ku bermanja..
Ku rindui.. ku kasihi..
Di hatiku kau abadi...

Thursday, January 27, 2005

Masalah

A'kum..

Mana ada manusia yg takde masalah.. dah sah sah dunia ni tempat dugaan.. dah tentu lah penuh dgn masalah.. dah tak boleh lari.. so, apa yg perlu kita buat ialah.. face it! but face it with a proper planning.. so that, at least u have a guideline.. what to do..?

"Plan your work and work your plan.." Bunyinya mcm simple jer.. tp nak buat tu aku rasa kita kena ambik extra effort.. klu tak, tak jalan kot.. nak ada extra effort plak nak kena ada moral dan motivasi diri yg tinggi.. jgn jadi juara bertangguh! kek kek kek!

"Consider all factor.." Masa kita nak buat plan tu pun kita kena lah consider beberapa faktor dahulu sblm kita boleh buat perkara tu sebagai plan.. kita kena tengok kita mampu tak nak buat.. cukup knowledge nak buat tak? klu tak mampu buat, baik tak yah buat dari awal.. buat apa? buat penat jer.. dah tau fail punya.. buang masa jer..

Tp klu tak mampu jgn terus putus asa plak.. cubalah atasi kekurangan dan kelemahan kita tu dahulu, pastu kita buat balik sampai jadik plan yg dapat dilaksanakan..

Till then.. adios amigos..

Wednesday, January 26, 2005

Keliru

A'kum..

Manusia dan keliru mmg tak boleh dipisahkan.. sememangnya manusia lahir dlm keadaan keliru.. tak tau apa.. lepas tu baru dia belajar sikit demi sikit.. bila dah byk sikit dia tahu dia dah jadi kurang keliru.. makin lama makin kurang..

Tu kira normal la.. Manusia takut pada apa sebenarnya? Bagi aku manusia takut pada perkara yg dia tak tau.. tp bila dia dah tau, dia rilex jer.. Tak tau adalah kegelapan.. knp zaman dulu klu mlm org dok umah, tp org zaman skrg mlm pun boleh buat keje lagi? sbb dah ada electricity.. boleh pasang lampu.. ada cahaya.. cerah.. dah tak gelap..

So.. klu ada sesiapa yg sedang keliru tu, carilah cahaya utk menerangi kegelapan.. sinar.. nur.. jawapan ada di mana2.....

Till then.. adios amigos..

Thursday, January 20, 2005

Manusia

a'kum..

hari ni aku nak citer pasal manusia.. iaitu kita semua.. tp manusia ada lelaki dan ada pompuan.. kejadian lelaki dan pompuan ni ada perbezaannya.. dari segi fizikal mahupun tingkahlaku dan perangai.. Pompuan dijadikan ni adalah sbg pelengkap kpd lelaki.. Klu nak diikut asal usul pun pompuan dijadikan dari rusuk kiri lelaki.. so, dah pasti lah lain criteria2nya.. Mmg sepatutnya lain pun.. tak leh sama.. lelaki dan pompuan ni saling perlu memerlukan.. pelengkap utk diri masing2.. klu lelaki dah jadik cam pompuan, pompuan lak dah jadik cam lelaki.. susah lah! dah tak leh jadi pelengkap! Lelaki Allah beri kelebihan dlm beberapa perkara yg pompuan lemah dan pompuan pun Allah berikan kelebihan dlm perkara yg lelaki lemah disamping kelebihan yg mmg dua2 kaum ada.. So, bila bercantum barulah jadik stronger! Sbb tu lah dlm Islam kita kena kawen.. kek kek kek.. Saling bantu membantu utk berusaha meneruskan perjuangan hidup dgn keadaan yg lebih stabil dan terpelihara..

Apakah tujuan Allah menjadikan manusia dan hidup di muka bumi ni? Saja2? Tak... Sebagai khalifah di muka bumi.. kita yg sepatutnya mentadbir alam.. Kita dijadikan speacial! Kita ada akal! Itu yg membezakan antara manusia dan ciptaan2 Allah yg lain di muka bumi ni.. Spt yg aku kata sebelum ni, kita diberi pedoman sekali iaitu al-Quran.. Jadi terpulang lah kpd kita nak tadbir dunia ni mcm mana! Dgn ilmu2 sains dan teknologi yg sudah Allah berikan kpd kita setakat ni sedikit demi sedikit, tadbirlah dunia dgn sebaiknya.. Itu tanggungjawab kita! Kita jugak yg nak hidup dlm dunia ni sampai Hari Qiamat.. Apakah sumbangan kita setakat ni? Apa yg kita dah buat? Bagiku.. Islam memperkenalkan kita kpd science.. Dan science pulak mendekatkan kita semula kpd Allah dgn mengetahui dan mengkagumi ilmu dan kekuasaan Allah.. KeagunganNya dan KebesaranNya..

Tubuh badan manusia ni umpama sebuah komputer yg amat canggih! Ada input devices, ada CPU dan ada output devices.. 5 deria utama kita iaitu deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuh adalah merupakan input devices utama kita.. kemudian ia akan diproses oleh otak dan mengeluarkan output kpd output devices.. iaitu tgn, kaki dan sebagainya utk dilaksanakan.. tp utk mendapat output yg baik, CPU kenalah power! klu input yg masuk tak cantik pun klu CPU power, dia akan keluarkan output supaya jgn buat! Betul tak? Tp perlu di ingat.. otak manusia buat keputusan ada bergantung pada hati.. so, hati pun kena bersih! Barulah output yg keluar pun cantik! Yg bestnya, manusia adalah komputer yg boleh upgrade diri sendiri!

Macamana nak upgrade? Macamana nak bagi otak power dan hati bersih? Nak kasi power otak, kita kenalah tambah byk knowledge dan ilmu.. It's good to know! Ada berbagai cara kita nak tambah ilmu ni.. Tp ilmu yg paling berkesan bagi aku adalah "experiences".. Sbb kita dah sahkan kebenarannya! Kita dah lalui! Itu yg byk membantu kita dlm decision making! Membuat kita lebih matang dan firm! Bagaimana pulak nak bagi hati bersih? Yg tu senang je jawapannya, cuma susah nak buat jer.. Tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kpd Allah! Persoalannya.. Dimanakah kita? Apa yg dah kita buat? Jgn risau dan jgn keliru.. Allah beri kita masa utk perbetulkan semua tu.. Mengenal dan memeluk Islam ini mengambil masa yg lama utk difahami dan dipraktikkan sepenuhnya.. Sbb tu lah Allah sentiasa membuka pintu Taubat.. Tp ingat! Mungkin esok kita mati! Kita beruntung kerana dilahirkan dlm Islam, tp ramai di antara kita yg tak ambik inisiatif langsung utk mengenal Islam dgn lebih terperinci lagi sblm memeluknya sbg agama kita.. Islam is The Way of Life! Sebagai manusia aku akur dgn PerintahNya..

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban.. Cubalah fahami dan hayati apakah maksud yg tersurat dan tersirat di sebalik Hari Raya Korban ini.. Muhasabah diri.. Setakat manakah pengorbanan kita terhadap Allah selama ini? Sempena musim haji ni, eloklah juga klu kita memahami dan menghayati tujuan Allah mewajibkan Haji ke atas kita semua klu kita mampu.. Utk muhasabah diri, membersihkan diri dan bertaubat! Don't do the same mistake twice! Think about it!

Till then.. Adios Amigos..

Kehidupan..

a'kum..

Kehidupan.. Apa itu kehidupan? Bagiku kehidupan adalah suatu perjalanan.. dari saat kita mula bernafas sehinggalah ke saat kita menghembuskan nafas kita yg terakhir.. Setiap org mempunyai perjalanan mereka tersendiri.. Aku pasti tiada yg sama.. klu ada pun hampir sama je kot.. Kita akan melalui alam bayi.. Alam kanak2.. Alam remaja.. Alam dewasa.. dan akhir sekali alam "org lama"..

Drpd kita tak tau apa.. Sehinggalah kita menjadi kita skrg.. semuanya kita belajar sikit demi sikit.. Ingat tu! Sikit sikit.. Bukan lahir2 dah terus pandai.. Ketika alam bayi dan kanak2, kehidupan kita lebih dipengaruhi oleh ibubapa atau penjaga kita.. Kita tak mampu nak buat keputusan sendiri.. Ketika inilah peranan penting yg perlu diambil berat oleh ibubapa/penjaga supaya anak2 mereka mendapat input2 yg sepatutnya yg boleh di bawa bekalan oleh mereka utk kegunaan di masa hadapan.. Make sure they learned something!

Alam remaja.. Alam perubahan.. Fizikal dan mental.. Alam mencari identiti.. Sedang mencari rentak utk diri sendiri.. Baru nak pandai2 buat keputusan sendiri.. Dah mula pandai nak bergatal dgn kaum bukan sejenis.. Dah pandai nak melawa.. Masa ni rasa macam semua benda nak cuba.. Klu boleh nak tau semua benda yg kita minat.. Actually bagus! And it's normal.. Cuma ketika ni, klu tak dibendung.. Rosak! Sbb tu masa alam bayi dan kanak2, kita kena educate diorg dgn ilmu2 agama.. kemanusiaan.. adat sopan dan sebagainya supaya at least mereka tau yg mana baik dan buruk.. Dan klu mampu cuba educate sehingga mereka mempunyai tahap keimanan yg secukupnya kpd Allah.. Insyaallah selamat.. Walau mcm mana pun tetap kena monitor!

Alam dewasa.. Yg ni tak leh nak komen panjang2 ler.. tgh dok lalu.. tak berani nak buat kesimpulan sgt.. ada byk perkara lagi yg belum sure! Susah nak ckp.. tp klu setakat yg aku tau.. sepatutnya time ni kita dah sepatutnya firm.. dlm buat keputusan.. kita kena matang.. kita dah kena tau arah tuju kita! Kena ada matlamat.. goal! Klu tak ke mana kita nak arahkan diri kita ni.. Bila kita ada matlamat, barulah kita ada perjuangan.. Dan matlamat kita akan berubah dr semasa ke semasa.. Mengikut arus perjalanan hidup kita.. Setakat mana kejayaan yg dah kita perolehi.. Carilah matlamat yg boleh kita capai sekiranya kita berusaha.. Letakkan matlamat byk2 pun takpe serentak.. bukan kena bayar pun.. tp yg lebih penting.. kita! Sanggupkah kita berjuang dan berusaha utk mencapai matlamat2 kita itu! Berusaha pun jgn berusaha bodoh.. kena lah lengkapkan knowledge2 dan ilmu2 di dada dulu.. baru jadik! Berilmu.. lepas tu baru beramal.. kek kek kek.. klu ikut moto MRSM kena tambah satu lagi.. Berdisiplin, Berilmu dan Beramal.. Ye lah.. disiplin kena ada gak beb.. Klu tak tunggang langgang gak kot.. kek kek kek..

Berbalik kpd topic kehidupan tadi.. Bagiku kehidupan adalah tempat Allah menduga keimanan dan ketaqwaan kita kpd Dia.. Allah itu Maha Adil.. Dia jadikan alam dan manusia.. Dan Allah juga telah mengutuskan Kitab dan RasulNya.. pada setiap zaman.. Mengikut peredaran dan kesesuaian zaman.. Utk 3 zaman terakhir.. Masa zaman Nabi Ibrahim kitab Taurat.. Nabi Isa kitab Injil.. dan Nabi Muhammad s.a.w kitab al-Quran.. sebagai pedoman.. panduan.. petunjuk.. So.. bagiku jelas! Kita wajib percaya al-Quran dan RasulNya.. sepenuh hati! Kita umat Muhammad s.a.w.. Buat yg Dia suruh dan tinggal yg Dia larang.. Allah janji kita akan selamat.. Sebenarnya perjuangan hidup adalah antara kita dgn kita.. Basically, kita dah tau apa yg patut kita buat dgn adanya al-Quran sebagai pedoman.. Cuma kita nak buat ke tak? and kita dah buat ke tak? Dan satu perkara yg perlu diingat.. lahirnya manusia ke dunia ini bersama janji syaitan kpd Allah.. utk menyesatkan anak2 Adam sehinggalah Hari Qiamat.. Jadi, always aware that syaitan is always around! Syaitan adalah musuh bagi kita yg nyata! cuma syaitan hidup di alam ghaib.. Klu kita nak buat sesuatu kebaikkan tu, then kita rasa macam malas la.. tak yah lah.. nanti lah.. esok lah.. Awas! itu mungkin kerja syaitan! Lawanlah.. syaitan adalah musuh utama kita.. Jgn takut pd syaitan.. Kejadian kita lebih sempurna berbanding syaitan.. Kita asal dari tanah, air, api dan angin! syaitan cuma dijadikan dr api.. Klu kita berjaya menggabungkan keempat2 unsur ini, barulah kita boleh jadi khalifah di muka bumi ni.. Kerana dgn gabungan unsur2 ni barulah seseorg manusia itu menjadi makhluk yg paling sempurna ciptaan Allah spt yg terkandung di dlm al-Quran.. Barulah syaitan susah nak pesongkan kita!

Till then.. Adios Amigos..

Wednesday, January 19, 2005

Akhirnya!

a'kum..

Akhirnya! Leman telah berjaya melancarkan blognya.. Walaupun tak siap sepenuhnya lagi, aku ambik keputusan utk mula menulis dulu.. Klu tak nanti sampai bila pun tak start! Kek kek kek.. Mcm kipas dgn joggingnya..! ( siape kipas tu ek!? )

Aku ambik keputusan utk menulis blog ni sbb aku nak share dgn korang semua apa yg aku dah discover, yg aku tgh kaji dan yg akan aku kaji in the future dlm kehidupan kita ni.. Aku ingin cari kebenaran! Dan berada dlm kebenaran.. Sbb aku percaya klu kita berada di pihak yg benar, kita akan selamat.. Itu janji Allah.. Allah tak tipu.. I just believe that! Do you?

Finding The Truth In The Journey of Life! Tema blog aku.. Tp aku dah Melayu kan la.. So jadilah Kembara Mencari Kebenaran Dlm Kehidupan.. Actually, ada byk perkara yg akan aku perbincangkan dlm blog aku ni dgn korang.. Yg mana elok tu ambik la.. Yg mana tak betul tu tolong lah tegur.. Yg mana tak elok tu kita jauhi dan buat pengajaran.. And i'm open to any discussion on anything! Yg aku tau aku ckp tau.. Yg tak tau ckp tak tau.. Simple..

Aku lebih suka klu pembaca blog aku aktif berbincang.. Yg mana aku tau aku bagitau la.. Yg mana korang tau korang bagitau aku.. We should share knowledge & thoughts! Sources of knowledge ni mcm2.. Membaca.. Memerhati.. Mendengar.. Experience.. dan mcm2 lagi.. Tp.... Yg lebih penting, macamana korang guna knowledge korang? What is Ilmu without Amal! That's why i want to know the truth.. Becoz i want to practise it.. If it is the truth, i should not be worry.. I'll be fine! Nobody can touch me.. Am i right?

This is only my intro entry.. The First Entry! Aku tak biasa menulis sebenarnya.. Menaip dah la lembab.. Tp aku akan cuba improve sikit2 le.. Hopefully.. For my next entry, aku akan tulis topik yg bertajuk Kehidupan Dari Kacamata LemanPattaya..

Till then.. Adios Amigos..

Sunday, January 16, 2005

Menceburi Dunia Blogging..

a'kum..

ini cuma test posting jer..
aku sebenarnya baru nak belajor blogging.. hehe..
tp blog aku ni akan di lancarkan tak lama lagi.. bkn skrg..
dgn bantuan kwn aku Mr. Orenz.. insyaallah..
blog aku akan siap.. soon..
When? depends..
ok.. chow dulu!
adios amigos..