Monday, February 28, 2005

Entahkan Jadi Entahkan Tidak

Nyanyian: Tan Sri Datuk S.M Salim/Sheila Majid

S.M. Salim :
Tidak mengira manusia sama saja..
Di dalam diam ada hati ingin bercinta..
Orang muda menanggung rindu..
Orang lama menanggung ragam..
Carilah.. pilihlah.. yang sepadan..

Sheila :
Jika bercinta jangan hanya ikut rasa..
Guna akal guna fikiran berwaspadalah..
Sesal dahulu pendapatan..
Kemudian tidak berguna..
Terlajak tindakan.. merana..

S.M. Salim :
Mata bertentangan mata..
Bak minyak disambar api..
Janganlah asyik bercinta..
Semua kerja tak jadi..

Sheila :
Seperkara usah lupa..
Memohon izin doa restu..
Saudara..
Ayah ibu..

S.M. Salim :
Berenang-renang di muara..
Hati-hati dilambung ombak..
Dah berzaman asyik bercinta..
Entahkan jadi entahkan tidak..

Sheila :
Disebut-sebut peribahasa..
Habis manis sepah dibuang..
Usahlah begitu hendaknya..
Terlanjur bercinta.. berkekalan..

Sunday, February 27, 2005

Percayalah

Nyanyian : Siti Nurhaliza

Suasana sepi begini..
Panahan rindu menusuk hati..
Tak mungkin kau sedari..

Lantas ku titip puisi kasih..
Agar gelora tidak merintih..
Sengsara pun menyisih..

Dengarkanlah suara hati..
Moga dikau mampu mengerti..
Cinta hadir tanpa ku rasa simpati..

Percayalah....
Kasih mu lama tersulam..
Di ruang paling dalam..
Terlalu jauh tak terselam..

Ku akui..
Dugaan datang jua pergi..
Rela ku menghadapi..
Dengan harapan suci..
Doa bersemi..

Kasih..
Usah bak suria kau hadir..
Persis ombak memukul ke sisir..
Bimbang cinta terusir..

Kerna rindu pastikan lahir..
Airmata setia mengalir..
Berjanjilah ia tak mungkin kan berakhir..
Percayalah....

Wednesday, February 02, 2005

Seindah Biasa

Nyanyian : Siti Nurhaliza

Jangan pernah takut ku tinggalkan
Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlalu dingin
Hingga pagi tak seindah biasa

Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terik.. hujan badai
Kita lalui bersama

Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi
Tapi aku kan menjanjikan yang terbaik
Agar kita tak pernah menjadi jauh
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh

Pernah kita jatuh mencuba berdiri
Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba melawan...

Solat

A'kum..

Bab solat ni actually sensitif sikit.. ramai yg mempunyai pandangan yg berbeza2 tentang solat.. Bagi aku, pendapat2 tu kebanyakannya betul.. cuma aku rasa ramai yg tak faham istilah 'beramal' kot.. Entahlah.. Bagi aku "beramal" ni ialah apabila kita mempraktikkan apa yg kita tahu.. Iaitu mengamalkan ilmu kita.. Bila apa yg kita buat tu dah jadi amalan hidup kita barulah kita dikira beramal dgn ilmu yg kita tahu tu.. kan!?!?

So, macamana aplikasinya kepada solat.. Mula2 kita kena tahu dulu lah apakah isi2 kandungan kpd apa yg dikatakan solat tu.. Maksud aku, macamana nak solat.. apa yg nak dibaca ketika solat.. tertib dia.. apa yg rukun.. apa yg wajib.. apa yg sunat.. apa yg membatalkan solat dan sebagainya lah.. Aku consider korang semua dah tau la apa tu solat/sembahyang erkk? Takkan korang tak penah sembahyang kot.. kek kek kek!

Ok.. skrg kita analisis satu persatu.. Mula2, sblm sembahyang kita kena ambik wudu' dulu kan? Always ask "why?" to yourself if u want to understand something! So, why kita kena ambik wudu'? Utk membersihkan beberapa anggota utama badan kita sebelum pergi mengadap Allah kan? ok.. skrg baru kita boleh start sembahyang.. sbb dah berwudu'..

Mula2 kita berdiri tegak menghadapkan diri kita ke arah qiblat.. Klu boleh sblm kita takbiratul ihram tu kita cubalah lapangkan dada.. cuba bersihkan fikiran dan hati dari memikirkan perkara2 yg tak elok.. try to focus.. kita nak mengadap Allah ni! Then barulah kita takbiratul ihram.. (tp biasanya kita nak cepat je kan.. terus jalan jer.. hehehe..)

Utk menghuraikan satu persatu tentang apa yg kita baca dalam solat ni aku rasa panjang sgt la plak.. aku rasa macam ni lah.. korang belilah buku panduan sembahyang yg ada terjemahan dlm bahasa Melayu sekali tu.. Ye la, korang bukan org Arab.. klu tak nanti korang tak paham apa yg korang sebut.. Macamana nak paham sembahyang!?!? Jgn jadi macam 'burung kakak tua'! Cakap je pandai.. tp, dia cakap apa pun dia tak tau.. kek kek kek! Pegi lah beli! Bukannya mahal sgt.. Tak sampai RM10 pun..

Untuk kusyuk dlm solat.. Ketika melafazkan segala bacaan2 dlm solat tu dlm bahasa Arab, hati kita juga hendaklah berkata2 tentang maksudnya di dlm bahasa ibunda kita yg kita paham.. Serentak.. Hayati lah setiap maksud bagi bacaan dlm solat tu.. Always ask 'why?' to yourself.. Sbb di dlm nya terkandung segala kunci utk kita membetulkan diri kita.. Pada ketika inilah kita elok utk bermuhasabah diri.. Adakah kita buat seperti yg kita lafazkan dlm solat tu? Klu kita anggap solat itu sebagai suatu jenis 'amalan', adakah kita beramal dgn apa yg terkandung dlm solat tu!?

Klu kita beramal dgn segala apa yg terkandung dlm solat tu, Insyaallah kita berada di "jalan yg lurus".. "jalan yg Allah beri nikmat kpd mereka".. "bukan jalan yg Allah murka ke atas mereka".. "dan bukan jalan org2 yg sesat".. Ini adalah sebahagian dari maksud surah al-Fatihah.. Kunci kpd solat.. Cubalah teliti juga ayat2 lain yg ada dlm solat.. Don't worry! Ayat2nya mudah paham.. Islam itu mudah!

Klu boleh.. cuba teliti sekali pengertian kpd perlakuan yg kita buat dlm solat.. Pada ketika qiam, apa pengertiannya.. ketika rukuq, ketika sujud, antara dua sujud, ketika tahiyyat.. Knp kita buat begitu? Apa message yg Allah nak sampaikan? Klu nak tau, cubalah sendiri.. Sebelum nak buat tu, seelok2nya bersihkanlah diri luar dan dalam dulu.. sbb syaitan suka pada benda yg kotor.. then Insyaallah..

Berbalik kpd konsep 'amal' yg aku bincangkan kat atas tadi.. Bagi aku, lebih baik kita bersolat dgn tahu apa maksudnya sekali.. Dan mengamalkan apa yga terkandung di dalamnya ke dalam kehidupan kita seharian.. Barulah dikira itu sebagai 'amalan'.. wallahu a'lam..

Till then.. adios amigos..

Tuesday, February 01, 2005

Cinta Tak Kenal Siapa

Nyanyian: Aris Ariwatan

Tidak salah rasanya..
Andai aku memuja..
Anggun di wajahmu..
Kerna hati ini..
Dah tertawan..

Cinta tak kenal siapa..
Hadir tanpa dipaksa..
Walau berkecai badan..
Melepaskanmu..
Aku rela..
Berputih tulang..

Dan tak sanggup aku lihat..
Engkau dipimpin oleh insan lain.. Ooh..
Dan tak sanggup aku dengar..
Tentang keburukanmu.. Ooh..

Hendak kuhampirimu..
Untukku luahkan semuanya..
Sayangnya.. Lidahku kelu..
Apa lagi yang harus kuperbuat..
Agar kau mengerti maksud tersirat..

Maka terpaksalah aku melepaskan..
Apa yang telah tersimpan sekian lama..
Aku cintakanmu..
Aku perlukanmu..
Untuk mengisi ruang kekosongan..
Kau merenung bersahaja..
Lalu kau tersenyum.. Tanda rela..

Kemarilah kekasih..
Tak perlu kau menoleh..
Di depanmu bukanlah bayang..
Kuingin cipta sejarah..
Sejarah indah...
Denganmu..

Azan

A'kum..

Apa itu Azan? Adakah azan itu hanya merupakan laungan dari masjid atau surau utk memanggil kita supaya sembahyang? Fikir balik.. bukan itu sahaja.. ada lagi yg lebih penting dari itu.. Kalau kita tgk secara keseluruhan pulak.. ada lagi yg lebih berharga!

Azan ini terdiri dari 5 bahagian.. dan setiap satunya berkait dgn yg lain.. Cuba perhatikan.. Aku cuma akan kupas luaran sahaja.. utk penghayatan, korang dalami lah sendiri yek..

Bahagian 1 - Memuji Kebesaran dan KekuasaanNya
Bertafakur sekejap melihat sekeliling dan menyedari bahawa semua yg kita lihat itu ada 'Penciptanya'.. Dgn memahami hukum Qada' dan Qadar kita akan memahami mengapa semuanya berlaku.. Dimanakah kita?

Bahagian 2 - Syahadah
Apakah syahadah? Dan apakah kaitan kita dgn syahadah? Syahadah adalah apabila kita mengakui bahawa tiada tuhan yg kita sembah melainkan Allah.. dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.. Maknanya kita akui bahawa ajaran yg dibawa oleh Muhammad adalah ajaran yg benar bersama pedoman yg Allah berikan iaitu al-Quran..
Ini bukan 'believe' luaran tau.. Truly Believe! Barulah kita layak di gelar seorang Islam..

Bahagian 3 - Marilah Menunaikan Solat
Bahagian ni panjang sikit penjelasannya.. so, aku akan buat 'entry khas' utk bab solat selepas ni.. Tp bab ni yg 'paling penting' pun.. sbb tu lah org kata 'solat tu tiang agama'.. Bila kita dpt bersolat dgn betul barulah kita dpt kefahamannya dan tau penjelasannya.. Dan selepas itu, insyaallah.. kita dpt nampak hala tuju kita.. Nanti aku kupas lagi..

Bahagian 4 - Marilah Munuju Kejayaan
Ini menunjukkan bahawa Islam menggalakkan kejayaan.. 'Success Oriented'.. Maknanya, seseorang Islam itu mestilah cuba mencari kejayaan utk dirinya, setakat kemampuan yg ada pada dirinya.. Islam tak menggalakkan kita menjadi org yg kalah.. Bangunlah! Dari lena yg sudah panjang itu!

Bahagian 5 - Memuji Kebesaran dan KekuasaanNya
Kemudian kita akan puji semula Allah! Kenapa?


Perkaitannya..
Apabila kita sedar bahawa kita adalah hambaNya maka kita akan menerima Islam sebagai agama kita.. Our Way of Life.. Kita bersolat utk membetulkan diri.. Dan selepas kita dah betulkan diri kita maka kita akan mula mengorak langkah pula utk menuju kejayaan berjunjungkan al-Quran sbg pedoman.. Maka selepas itu kita akan akui dgn sebenar benar akui bahawa Allah Maha Berkuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. Cubalah hayatinya.. Nothing to lose!

Till then.. adios amigos..